Monday, 28 November 2011

SELAMAT MAAL HIJRAH

Kita umat Islam menyambut tahun baru Islam.  Jadi eloklah kita saling mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.

Perayaan resmi lumayan juga.  Seharusnya kita semua umat berlapang dada untuk berhijrah ke tahap keimanan yang lebih baik.

Alang-alang hari cuti kami sekeluarga pergi jalan-jalan.  Teringinnya macam-macam.  Kemudian kami beli juga donat dunkin untuk dibawa pulang.  Oleh kerana selera berbeza, kami beli pelbagai rasa seperti di bawah.

Saturday, 5 November 2011

RAYA LAGI

Esok kita akan beraya lagi.  Tapi bagi majoriti warga kita, Raya Haji atau Raya Korban ni tak la semeriah Raya Aidilfitri.

Biarpun begitu seronoknya pasal cuti.  Cuti panjang pula tu.  Best juga.  Apapun diucapkan:

Selamat Hari Raya Aidiladha

Monday, 3 October 2011

BUDGET PILIHANRAYA

Mereka sudah mula sibar tentang ganjaran dan imbuhan untuk kakitangan kerajaan dan rakyat yang akan diumumkan dalam Budget nanti.  Sahih la ini Budget pilihanraya!

Kenapa harus begini?

Saturday, 17 September 2011

RUMAH TERBUKA

Minggu ni cuti hujung minggu lebih panjang.  Kakak buat rumah terbuka dan minta kami sekelian membantu.
 
Jadi ni tengah menunggu semua bersiap-sedia untuk ke rumah kakak.  Kita hanya bantu buat pembasuh mulut saja iaitu puding karamel dan membeli buah.

Selamat Hari Raya
Selamat Hari Malaysia

Tuesday, 2 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Kita sedang berada di bulan Ramadhan al Mubarak.  Semua ibadah menjanjikan pahala yang berganda.  Tinggal untuk kita manafaatkan engan sebaik-baiknya saja.

Marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan.  Semoga kita diberkati sepenuhnya.  Amin.

Friday, 22 July 2011

MULA BERSIH, KINI TAMBAH AMANAH

Isu BERSIH akan sentiasa ada.  Walau apapun sekatan yang cuba dibuat, banyak pihak minta agar kerajaan dan agensi-agensi kerajaan supaya mengikut ciri-ciri BERSIH.

Mula-mula ada BERSIH saja.  Minggu ini sudah ada AMANAH pula.  Mantan Menteri Kewangan YB Tengku Razaleigh sedang menerajui badan bukan kerajaan untuk membangkitkan kesedaran.

Majoriti rakyat selama ini terkekang dengan pelbagai peraturan, undang dan ugutan.  AMANAH mahu mereka sedar tentang hak mereka dan turut membebaskan diri dari pemutar-belit politik yang menjadikan negara sebagai tebusan.

Mudah-mudahan saja rakyat akan menjadi sedar bahawa semua bertanggung-jawap untuk menentukan corak terbaik untuk kita semua.

Friday, 8 July 2011

HABIS SEMUA DIKEKANG

Sedih sungguh dengan peristiwa hari ini.  Habis semua aktiviti dikekang.

Kenapa la kena sekat seluruh KL? Lebih dari macam membuat persediaan nak perang saja.

Ramai orang yang nak pergi meraikan majlis perkahwinan saudara pun tak dapat gara-gara semua jalan di sekat.  Petugas-petugas tak membenarkan kenderaan masuk pun.

Kasihan kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan.  Upacara yang sepatutnya meriah, menjadi suram pula!

Saturday, 11 June 2011

BOBBY MASIH SEGAR

Petang tadi ada tayangan cerita 'Bobby' di TV2.  Layan juga la sebab malas nak ikut pergi jalan ke kompleks. 

Walaupun filem Bobby ini adalah filem lama, ceritanya rasa masih segar.  Tayangannya disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu sampai ke lagu sekali.

Seronok pula tengok, tambah-tambah melihat wajah tampan Rishi Kapoor.  Terbuai juga la dibuatnya!  Hehe.

Friday, 20 May 2011

MACAM-MACAM GILA

Geli hati betul bila membaca berita bahawa fesyen topi antara yang terhuduh dan teruk sedang dilelong di eBay.  Topi ini dipakai oleh Princess Beatrice, anak kepada Prince Andrew dan Sarah Ferguson pada hari perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton.

Apa yang lebih menggelikan hati ialah ada juga orang menawarkan harga hingga sampai melebihi 90 ribu Ringgit.  Memang ada macam-macam gila!

Wednesday, 4 May 2011

MAKING MY APPERANCE

Finally aku register as blogger juga.  Selagi tak, selagi tu la my frenz akan berkempen.  Sudahnya lebih baik register saja!

Setahu aku, frenz aku kata kita boleh ceriter2 dan luahkan perasaan.  Selagi tidak menyalahi tatasusila, katanya ok la.

Jadi 2day aku make my apprearance.  Aku hanya ada  a few frenz.  Kalau ada yang sudi jadi frenz mungkin akan meriah lagi.