Friday, 22 July 2011

MULA BERSIH, KINI TAMBAH AMANAH

Isu BERSIH akan sentiasa ada.  Walau apapun sekatan yang cuba dibuat, banyak pihak minta agar kerajaan dan agensi-agensi kerajaan supaya mengikut ciri-ciri BERSIH.

Mula-mula ada BERSIH saja.  Minggu ini sudah ada AMANAH pula.  Mantan Menteri Kewangan YB Tengku Razaleigh sedang menerajui badan bukan kerajaan untuk membangkitkan kesedaran.

Majoriti rakyat selama ini terkekang dengan pelbagai peraturan, undang dan ugutan.  AMANAH mahu mereka sedar tentang hak mereka dan turut membebaskan diri dari pemutar-belit politik yang menjadikan negara sebagai tebusan.

Mudah-mudahan saja rakyat akan menjadi sedar bahawa semua bertanggung-jawap untuk menentukan corak terbaik untuk kita semua.

Friday, 8 July 2011

HABIS SEMUA DIKEKANG

Sedih sungguh dengan peristiwa hari ini.  Habis semua aktiviti dikekang.

Kenapa la kena sekat seluruh KL? Lebih dari macam membuat persediaan nak perang saja.

Ramai orang yang nak pergi meraikan majlis perkahwinan saudara pun tak dapat gara-gara semua jalan di sekat.  Petugas-petugas tak membenarkan kenderaan masuk pun.

Kasihan kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan.  Upacara yang sepatutnya meriah, menjadi suram pula!